DAPATAN KAJIAN

00:51

Berikut merupakan borang soal selidik yang perlu di isi oleh responden :


SAMPEL KAJIAN

PENGAJIAN MALAYSIA (DUB 1012)
BORANG SOAL SELIDIK

BAHAGIAN A : DATA DEMOGRAFI RESPONDEN
ARAHAN : SILA ISIKAN PADA RUANGAN YANG TELAH DISEDIAKAN


JABATAN :                             JANTINA : P / L

SEMESTER :                            BANGSA :

KOS :                                 UMUR :

BAHAGIAN B
ARAHAN  :  DI BAHAGIAN B TERDAPAT 3 BAHAGIAN IAITU B ( I ), B ( II ) DAN B ( III ). ANDA WAJIB  MENJAWAB SEMUA SOALAN YANG DIBERIKAN DENGAN MENANDAKAN TANDA ( / ) PADA RUANGAN YANG DISEDIAKAN. TERDAPAT SKALA 1-4 YANG TELAH DISEDIAKAN.
MAKNA SKALA TERSEBUT IALAH :
1)      TIDAK SETUJU
2)      KURANG SETUJU
3)      SETUJU
4)      SANGAT SETUJU


BAHAGIAN B ( I ) : PENDAPAT MENGENAI DASAR EKONOMI BARU YANG DIWUJUDKAN

BIL.
SOALAN
1
2
3
4

1.

GOLONGAN MUDA MASA KINI KURANG MENGHAYATI DASAR EKONOMI BARU.





2.

ADAKAH ANDA SETUJU DENGAN DASAR EKONOMI BARU?





3.
TERDAPAT BEBERAPA RAKYAT MALAYSIA YANG TIDAK MENGHORMATI DASAR EKONOMI BARU DAN MENGABAIKANNYA.





4.

BENARKAN DASAR EKONOMI BARU INI SESUAI UNTUK MENINGKATKAN EKONOMI NEGARA KITA?







BAHAGIAN B ( II ) : MENGETAHUI DASAR EKONOMI BARU UNTUK PEMBANGUNAN MALAYSIA.

BIL.
SOALAN
1
2
3
4

1.

ADAKAH DASAR EKONOMI BARU DAPAT MEMBASMI KEMISKINAN SEGELINTIR RAKYAT MALAYSIA.





2.

PERPADUAN RAKYAT MERUPAKAN SALAH SATU KUNCI UNTUK MENCAPAI DASAR EKONOMI BARU YANG STABIL.





3,

MASYARAKAT LUAR BANDAR MENDAPAT PENDEDAHAN LEBIH MENGENAI DASAR-DASAR EKONOMI BARU.





4.

DASAR EKONOMI DAPAT MEMUPUK SILATURAHIM ANTARA BANGSA MELAYU, CINA, INDIA DAN LAIN-LAIN LAGI.






BAHAGIAN B ( III ) : MENGETAHUI BAGAIMANA DASAR EKONOMI BARU DAPAT  MENYATUPADUKAN RAKYAT MALAYSIA.

BIL.
SOALAN
1
2
3
4

1.

KERJASAMA YANG KURANG DIBERIKAN DALAM KALANGAN RAKYAT TELAH MELAMBATKAN PROSES PEMBENTUKAN MALAYSIA.





2.

PERSELISIHAN DI ANTARA PEMIMPIN DAN RAKYAT TELAH MENYEBABKAN KESAN NEGATIF.





3,

MEMBERIKAN GALAKAN DAN PENGETAHUAN DALAM SEKTOR PEMBANGUNAN EKONOMI KEPADA SEMUA BANGSA.





4.

MEMBERIKAN PENDEDAHAN AWAL KEPADA RAKYAT MENGENAI DASAR EKONOMI BARU YANG TELUS.












Berikut merupakan jadual hasil dapatan kajian lapangan yang dijalankan
ISU
TIDAK BERSETUJU
KURANG
BERSETUJU
SETUJU
SANGAT SETUJU
BAHAGIAN A
Pendapat dan persetujuan mengenai Dasar Ekonomi Baru diwujudkan


3

9

10

5
BAHAGIAN B
Pengetahuan dan pendedahan mengenai Dasar Ekonomi Baru untuk pembanguan Malaysia

8

9

1

2
BAHAGIAN C
Pengetahuan bagaimana Dasar Ekonomi Baru menyatupadukan rakyat di Malaysia

7

8

5

7

Graf di bawah menunjukkan data responden yang didapati
Analisis Data
Berdasarkan graf diatas, peratus menunjukkan pelajar yang sangat bersetuju mahupun yang mempunyai pengetahuan mengenai Dasar Ekonomi Baru masih rendah. Mod tertinggi menunjukkan hanya 7 daripada 30 orang pelajar bersetuju dengan dasar ini.
            Manakala bagi yang tidak bersetuju atau tidak mempunyai pengetahuan tentang dasar ini agak tinggi. Mod tertinggi menunjukkan 8 orang tidak bersetuju dengan Dasar Ekonomi Baru dan kurang pemahaman dengan dasar ini.
            Purata menunjukkan rata rata responden bersetuju dengan dasar ini serta menyokong dan mempunyai pendedahan akan dasar ini.







Kajian yang dilakukan oleh HAMIDAH AB RAHMAN, MUHAMMAD BIN DAUD  dan NORLIN BINTI AHMAD pada tahun 2009 ini menjelaskan berkenaan dengan pengenalan Pembangunan, Konsep Pembangunan Ekonomi ,Dasar Ekonomi Baru (DEB),Membasmi Kemiskinan,Menyusun Semula Masyarakat dan Mencapai  Dasar Ekonomi Baru (DEB).

4.0 PENGENALAN
Konsep pembangunan membawa maksud yang amat luas sama ada dari segi pengertiannya mahupun pelaksanaannya. Ini berikutan dengan pengertian pembangunan itu sendiri mengikut bidang-bidang yang diperbincangkan. Ada yang membincangkannya dari perspektif politik dan ada yang membincangkannya mengikut perspektif ekonomi dan sosial. Oleh itu kepelbagaian bidang ini telah menghasilkan pelbagai bentuk pengertian yang amat luas dan kompleks. Bab ini menbincangkan pembangunan ekonomi negara dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. Antara perkara yang dibincangkan ialah sejarah perkembangan ekonomi Malaysia yang telah melalui beberapa perubahan bermula daripada era pra-penjajah sehingga kini. Penumpuan diberikan kepada dasar-dasar pembangunan ekonomi negara seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dan Dasar Wawasan Negara (DWN). Dasar-dasar ekonomi tersebut bukanlah hanya tertumpu kepada pembangunan ekonomi semata-mata tetapi juga penekanan diberikan pada aspek keadilan sosial bagi semua kaum di Malaysia. (HAMIDAH AB RAHMAN, MUHAMMAD BIN DAUD ,NORLIN BINTI AHMAD)



4.1 KONSEP PEMBANGUNAN EKONOMI
Pembangunan dan pertumbuhan ekonomi adalah dua istilah yang sangat penting apabila membincangkan konsep pembangunan ekonomi. Pertumbuhan ekonomi merupakan prasyarat pembangunan ekonomi dalam usaha untuk membentuk identiti sesebuah negara dari perspektif ekonomi. Mengikut Berger (Dalam Hazil (1990:18)
“...Dalam erti kata yang seluas-luasnya, ‘pembangunan’ adalah difahami sebagai suatu proses yang menyebabkan sesuatu negara miskin menjadi kaya. Kadang-kadang negara yang kaya menjadi lebih kaya lagi...’
Apa yang penting di sini ialah kedua-dua istilah mempunyai matlamat untuk pembaikan dalam taraf hidup kerana ia melibatkan keadaan-keadaan serta syarat-syarat untuk memperbaiki perkembangan masyarakat keseluruhan dari perspektif pembangunan ekonomi. Oleh itu pembangunan ekonomi sesebuah negara tidak seharusnya disamakan dengan peningkatan pendapatan per kapita, pengeluaran atau jumlah eksport sahaja, tetapi ia perlu dikaitkan dengan kualiti hidup masyarakat, kemampuan penyelesaian masalah kemiskinan, keperluan asasi manusia, keupayaan mendapat tempat perlindungan, keupayaan memperoleh peluang pekerjaan, keupayaan menghantar anak ke sekolah, keadaan alam sekitar yang bersih serta lain-lain petunjuk sosial bersangkutan dengan suasana kehidupan yang sempurna dan layak dinikmati oleh manusia (Nor Aini et.al, 1996). Pandangan di atas menjelaskan bahawa agihan pendapatan mesti diseimbangkan dan kadar kemiskinan mestilah dikurangkan supaya kualiti hidup dapat ditingkatkan. Mengikut Bartelmus (1994), pembangunan ekonomi sebenarnya adalah untuk memperbaiki kualiti taraf hidup atau kebajikan penduduk bagi generasi hari ini dan akan datang. Justeru itu pembangunan pesat dan pertumbuhan ekonomi yang tinggi adalah matlamat yang perlu dicapai oleh setiap negara di dunia ini. Pembangunan ekonomi penting bukan sahaja bagi meningkatkan pendapatan dan hasil negara, serta mewujudkan peluang pekerjaan bagi menampung pertambahan penduduk yang pesat, tetapi juga memastikan mutu hidup rakyat meningkat (Rahimah, 2003). Dalam konteks pembangunan ekonomi di Malaysia, peningkatan mutu hidup rakyat ini perlu diberi penekanan supaya seimbang dengan peningkatan mutu hidup pelbagai kaum yang menjadi warganegara Malaysia. (HAMIDAH AB RAHMAN, MUHAMMAD BIN DAUD ,NORLIN BINTI AHMAD (30.10.2009) )

4.2 DASAR EKONOMI BARU (DEB)
 Matlamat utama Dasar Ekonomi Baru (DEB) ialah untuk mencapai perpaduan negara melalui dua strateginya yang bercorak serampang dua mata, iaitu mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan di kalangan rakyat tanpa mengira kaum, dan menyusun semula struktur masyarakat Malaysia agar mereka tidak lagi dikenali berasaskan ciri ekonomi dan tempat tinggal. (HAMIDAH AB RAHMAN, MUHAMMAD BIN DAUD ,NORLIN BINTI AHMAD (30.10.2009) )

4.3 MEMBASMI KEMISKINAN
Jurang ekonomi antara kaum telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat. Terdapat perbezaan ekonomi yang ketara di antara masyarakat luar bandar yang majoriti penduduknya terdiri daripada orang Melayu yang menjalankan aktiviti ekonomi sara diri, dengan masyarakat bandar yang terdiri daripada kaum Cina yang menjalankan aktiviti ekonomi komersial. Perbezaan ini boleh menggugat perpaduan negara. Pelbagai usaha membasmi kemiskinan telah dilaksanakan sepanjang perlaksanaan DEB.
 Antara usaha-usaha itu ialah:
i.          Membuka dan membangunkan kawasan tanah untuk golongan yang tidak memiliki tanah oleh agensi kerajaan seperti FELDA dan FELCRA.
ii.         Membina dan meningkatkan infrastruktur di kawasan luar bandar.
iii.        Memperbaiki dan meningkatkan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan dan sebagainya.
iv.        Meningkatkan daya pengeluaran dan pendapatan.
(HAMIDAH AB RAHMAN, MUHAMMAD BIN DAUD ,NORLIN BINTI AHMAD (30.10.2009) )

4.4 MENYUSUN SEMULA MASYARAKAT 
4.4.1  Strategi penyusunan semula masyarakat diharapkan dapat menghapuskan pengenalan kaum berdasarkan kepada kegiatan ekonomi dan tempat tinggal. Tujuan penyusunan semula guna tenaga dilakukan adalah untuk memperlihatkan bahawa penduduk Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Penstrukturan ini juga dapat memberi peluang kepada semua kaum untuk menikmati kekayaan negara dan mewujudkan keharmonian di kalangan semua kaum di Malaysia. Melalui penyusunan semula masyarakat, diharapkan pemilikan saham di Malaysia akan melambangkan komposisi kaum di negara ini. Sasaran agihan bagi pemilikan saham mengikut komposisi kaum ialah 30:40:30. Menerusi pelaksanaan DEB, adalah diharapkan kaum bumiputera akan mencapai sekurang-kurang 30 peratus pemilikan saham di Malaysia menjelang tahun 1990.
Pada 1971 pemilikan saham oleh kaum bumiputera ialah 2.4 peratus sahaja berbanding dengan kaum bukan bumiputera yang telah mencapai 34.3 peratus.Walau bagaimanapun sasaran 30 peratus untuk kaum bumiputera bukanlah dengan mengambil hak yang telah dimiliki oleh kaum bukan bumiputera tetapi ialah dengan mengurangkan hak pemilikan saham oleh orang asing. Kedua-dua kaum bumiputera dan bukan bumiputera boleh merebut peluang untuk mendapatkan hak daripada orang asing tersebut.
4.4.2 LANGKAH-LANGKAH BAGI MENCAPAI STRATEGI MENYUSUN SEMULA MASYARAKAT
i.          Menyusun semula guna tenaga untuk mencerminkan komposisi kaum yang seimbang.
ii.         Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum bumiputera.
iii.        Menubuhkan agensi kerajaan seperti Bank Pembangunan, Permodalan Nasional Berhad dan lain-lain bagi membantu kaum bumiputera mendapatkan modal dan membuat pelaburan.
iv.        Memajukan negeri dengan menubuhkan agensi pembangunan wilayah seperti DARA, KEJORA, dan lain-lain.
v.         Membangunkan kawasan zon perindustrian di bandar dan menggalakkan migrasi dari luar bandar ke bandar. Pembangunan bandar baru.
(HAMIDAH AB RAHMAN, MUHAMMAD BIN DAUD ,NORLIN BINTI AHMAD (30.10.2009) )







4.5 PENCAPAIAN DASAR EKONOMI BARU (DEB)
Secara umumnya sasaran untuk mengurangkan kemiskinan telah berjaya dicapai. Kadar kemiskinan penduduk Malaysia telah berjaya diturunkan daripada 42.4 peratus pada 1970 kepada 17.1 peratus pada 1990. Pendapatan purata sebenar kaum bumiputera telah meningkat daripada RM172 sebulan (1970) kepada RM940 sebulan (1990). Dari segi pemilikan hak milik modal masyarakat bumiputera meningkat daripada 2.4 peratus (1970) kepada 12.5 peratus (1980) dan 19.3 peratus (1990). Namun begitu sasaran sebanyak 30 peratus tidak berjaya dicapai. Pemilikan modal oleh kaum Cina telah meningkat daripada 34.3 peratus (1970) kepada 46.8 peratus (1990), satu pencapaian yang melebihi daripada sasaran iaitu 40 peratus. Dari segi pembangunan bandar baru, 28 buah bandar baru telah dibangunkan di kawasan pembangunan wilayah di Johor Tenggara, Kelantan Selatan, Pahang Tenggara dan Terengganu Tengah.
(HAMIDAH AB RAHMAN, MUHAMMAD BIN DAUD ,NORLIN BINTI AHMAD (30.10.2009) )
4.5.1  PEMBANGUAN EKONOMI NEGARA DALAM KONTEKS PERPADUAN NASIONAL
 Pembangunan dan perancangan ekonomi dirangka agar semua kumpulan etnik dapat menyertai semua bidang dan peringkat kegiatan ekonomi untuk mencapai perpaduan negara
i.          Mengurangkan perbezaan ekonomi antara orang Melayu dan bukan Melayu Merapatkan jurang pendapatan antara kaum, sektor bandar dan luar bandar, pertanian dan industry
ii.         Mengurangkan kemiskinan tanpa mengira kaum
iii.        Pembangunan negara yang seimbang antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak Penyusunan semula masyarakat di Malaysia
iv.        Kaum-kaum tidak lagi dikenali mengikut sektor/ pekerjaan
v.         DPN misalnya mempunyai objektif yang jelas, iaitu perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhirnya kerana masyarakat yang bersatu padu adalah penting untuk mengukuhkan kestabilan sosial serta politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan.

(HAMIDAH AB RAHMAN, MUHAMMAD BIN DAUD ,NORLIN BINTI AHMAD (30.10.2009) )
4.5.2 KEADAAN EKONOMI MALAYSIA
Malaysia merupakan sebuah negara masyarakat majmuk yang hidup dalam suasana aman damai dalam pelbagai budaya, bahasa dan adat resam serta mempunyai kestabilan politik dan ekonomi yang mantap. Kejayaan Malaysia dalam usaha membangunkan negaranya mengikut acuan tersendiri sedikit sebanyak dipengaruhi oleh keberkesanan dasar luar negara yang diamalkan. Ini terbukti apabila Malaysia diiktiraf sebagai sebuah negara membangun yang mempunyai kekuatan ekonomi yang tersendiri.  Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, berbilang agama dan dengan ekonominya yang seimbang antara kaum, Malaysia bukanlah negara yang diramal akan aman dan boleh dimajukan.  Ramai yang meramalkan bahawa perselisihan kaum akan berlaku dan kaum Melayu yang merupakan kaum majoriti akan merampas kuasa dan merompak harta kepunyaan kaum-kaum lain tetapi tanggapan itu ternyata silap kerana para pemimpin negara telah mencorak kerjasama antara kaum tanpa menghilangkan identiti kaum masing-masing .  Inilah formula yang telah menghasilkan kestabilan dan pembangunan ekonomi di Malaysia. Selain itu ekonomi Malaysia menjadi bertambah mantap dan kukuh kerana jalinan mesra dengan negara-negara maju tanpa menghiraukan ideologi yang diamalkan oleh Negara.
Kerja kursus ini membincangkan keadaan ekonomi yang berlaku di Malaysia.Pengkhususan di buat terhadap keadaan ekonomi Malaysia kerana kejayaan yang membanggakan sejak merdeka dan keupayaan menangani masalah kemelestan ekonomi pada 1997 tanpa menerima bantuan kewangan dari IMF (International Monetary Fund).Selain itu keupayaan kerajaan Malaysia dalam menjana pertumbuhan ekonomi tempatan juga merupakan perbincangan utama dalam kerja kursus ini.
Tahun 2005 merupakan tahun terakhir Rancangan Malaysia Kelapan dan pertumbuhan yang memberangsangkan pada tahun ini akan menyediakan asas yang kukuh bagi negara melangkah ke satu lagi fasa penting, yakni pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010. Ketika melangkah ke tahun 2006, cabaran dalaman dan luar akan terus menguji kekuatan dan ketahanan kita. Dalam era globalisasi ini kita tidak boleh mengasingkan diri jika kita tidak mahu diketepikan.Untuk terus menyerlah, kita perlu meningkatkan penyertaan dalam arus persekitaran global.Dalam hal ini, kita perlu memperluaskan gelanggang dan menjangkau ke arah menjadi pemain global terutamanya dalam bidang yang mana kita mempunyai kelebihan kompetitif.
Malaysia telah mempunyai kemudahan infrastruktur yang cemerlang.Sudah tibalah masanya untuk kita memberi tumpuan kepada pembangunan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk melengkapi pencapaian pembangunan fizikal.Adalah penting sekali untuk mengimbangkan pencapaian kebendaan dengan kerohanian yang luhur, sekiranya kita ingin mencapai matlamat Wawasan 2020. Sehubungan ini, pembangunan modal insan akan terus menjadi agenda utama dan usaha-usaha akan ditumpukan ke arah pembentukan individu yang berketrampilan di tempat kerja dan dalam masyarakat. Rakyat Malaysia perlu menghayati nilai jujur, berintegriti, cemerlang dan bertanggungjawab serta memiliki pemikiran kelas pertama seiring dengan infrastruktur kelas pertama yang dimiliki sekarang.Rakyat Malaysia juga perlu terus berusaha untuk menjadi sentiasa relevan, berdaya tahan dan kompetitif selaras dengan pendekatan Islam Hadhari.

4.6 PERANAN KERAJAAN DALAM PERTUMBUHAN EKONOMI
“Tumpuan Kajian Separuh Penggal ini ialah untuk mempercepatkan pemulihan ekonomi negara dan mengembalikan ekonomi kepada pertumbuhan mapan supaya objektif pembangunan seimbang dan matlamat menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020 tercapai. Ini memerlukan antara lain pengukuhan asas-asas ekonomi makro dan sektor kewangan serta mengembalikan keyakinan pelabur dan awam, memajukan sector-sektor ekonomi yang berpotensi termasuk pembuatan, pertanian dan perkhidmatan, mengambil langkah-langkah bagi mencapai matlamat sosio-ekonomi dan mengurangkan kadar kemiskinan serta meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia.”1
Berdasarkan petikan di atas, kerajaan berusaha keras untuk mengurangkan jurang ekonomi antara kaum.Sejak mencapai kemerdekaan sehinggalah ke hari ini, kerajaan telah memainkan banyak peranan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Antara langkah-langkah yang dijalankan oleh kerajaan ialah:
(a) Dasar Ekonomi Baru (DEB)
(b) Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
(c) Dasar Percukaian dan Subsidi

4.6.1 DASAR EKONOMI BARU (DEB)
Tiga puluh tahun dulu, kebanyakan rakyat Malaysia yang miskin terdiri daripada orang Melayu tetapi itu bukanlah isunya hari ini.Jurang antara kaum dilihat semakin rapat kerana pendapatan orang Melayu kini semakin meningkat, walaupun persamaan masih belum tercapai. Pada 1990an inilah lahirnya tokoh-tokoh ekonomi Melayu melalui pembentukan Dasar Ekonomi Baru (DEB), yang secara rasminya dimansuhkan pada 1990 tetapi semangatnya tidak pernah padam.2
Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad hari ini menegaskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah memberi manfaat kepada lebih tujuh juta rakyat bumiputera negara ini dalam bentuk pemilikan saham-saham amanah serta ekuiti syarikat gergasi. Kata beliau, ia sebenarnya memberi peluang kepada individu-individu bumiputera yang berkemampuan untuk memiliki saham dengan harapan mereka akan berjaya dalam perniagaan dan menguasai sesebuah syarikat.3
Malaysia merupakan sebuah negara berpendapatan sederhana, berubah daripada sebuah negara pengeluar bahan mentah seperti getah, bijih timah dan sebagainya.Pada 1971 Malaysia muncul sebagai sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian sumber ekonomi dalam pelbagai sektor melalui kewujudan dasar yang dikenali sebagai DEB (Dasar Ekonomi Baru).DEB merupakan satu rancangan ekonomi jangka panjang yang dibuat untuk mengurangkan jurang ekonomi antara kaum.Berdasarkan dua petikan di atas, objektif utama kewujudan DEB adalah untuk membuka peluang kepada kaum bumiputera melibatkan diri dalam bidang ekonomi.Dahulu, kaum bumiputera hanya bekerja sebagai petani dan nelayan dan kesinambungan pekerjaan ini diteruskan oleh generasi-generasi seterusnya.Melalui DEB wujudnya Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di mana bumiputera digalakkan untuk menceburi bidang keusahawanan.Dengan adanya IKS kaum bumiputera mula melibatkan diri dalam bidang perniagaan dan mengkomersialkan barangan buatan tempatan.Ia sekaligus meningkatkan ekonomi negara dan meningkatkan eksport negara.
DEB telah melahir dan membangunkan ramai usahawan yang berkemahiran, berkualiti, berdaya saing, berdaya tahan dan berdaya maju di dalam bidang keusahawanan yang berpotensi dan berkembang.Melalui DEB juga telah menanamkan dan memupuk budaya keusahawanan di kalangan rakyat Malaysia.

4.7 KESAN-KESAN PERTUMBUHAN EKONOMI MALAYSIA
4.7.1  DASAR EKONOMI BARU
Dasar Penswastaan adalah bertujuan untuk meringankan beban kewangan dan pentadbiran kerajaan dengan menyerahkan beberapa sektor tertentu untuk diurus sendiri oleh pihak swasta.Ia juga bertujuan menggalakkan pertandingan dan meningkatkan kecekapan serta daya pengeluaran, mempercepatkan pertumbuhan ekonomi negara, mengecilkan saiz sektor awam dan membuka peluang seluas mungkin untuk mencapai matlamat DEB.7
Dasar Penswastaan merupakan salah satu daripada instrumen DEB. Melalui cara ini, daya pengeluaran juga meningkat kerana pada kebiasaannya sektor swasta mampu meningkatkan tahap kecekapan berbanding dengan sektor-sektor kerajaan atau awam. Penswastaan projek-projek baru seperti air, elektrik dan sebagainya dijangka akan menyumbangkan pertumbuhan ekonomi yang pesat. Melalui dasar ini, kita dapat lihat usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup penduduk.Hal ini kerana penglibatan kerajaan dalam sektor awam tidak dapat meningkatkan harapan orang ramai terhadap mutu perkhidmatan awam serta keberkesanannya turut berkurangan.Oleh itu penswastaan adalah dasar yang paling rasional dalam menghadapi permasalahan ini.
Namun begitu sungguh pun Dasar Penswastaan memberikan nafas baru kepada kerajaan dalam menangkis serangan kemelesetan ekonomi dan beban hutang negara yang kian bertambah, tetapi para pemerhati dan penganalisa ekonomi yang kritis berpendapat bahawa ia akan mengakibatkan kesan yang buruk terhadap para pekerja di sektor awam serta rakyat negara ini seluruhnya. Seperti yang telah disebutkan penswastaan hanya akan mengutamakan pertimbangan mengaut keuntungan di samping mengorbankan kebajikan sosial dan kepentingan awam. Para pekerja di sektor awam akan menghadapi ancaman pembuangan kerja di samping beban kerja yang sentiasa bertambah dan sebagainya.
4.7.2 PERANAN KERJAAN DALAM MELINDUNGI MALAYSIA
“Rakyat Malaysia perlu berusaha dengan lebih gigih dan penuh keazaman ke arah membina satu bangsa yang bersatu padu, adil, maju, berdaya saing serta mempunyai tahap ketahanan yang tinggi selaras dengan cita-cita untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020.”12
Kerajaan memberi tumpuan perbelanjaan ke arah terus menjana aktiviti ekonomi.Perbelanjaan pembangunan meningkat 5.7 peratus dengan penekanan kepada projek kecil yang memberi kesan berganda cepat dalam menggalakkan aktiviti ekonomi jangka pendek, terutama pertanian, pembinaan, perumahan dan infrastruktur luar bandar. Sehubungan ini, kerajaan sudah mengumumkan pelaksanaan projek bernilai RM2.4 bilion untuk dilaksanakan serta merta oleh kontraktor kecil tahun ini.13
Kerajaan telah mengamalkan protectionist kerana untuk menjaga kebajikan penduduk dan mencapai matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang 2020.untuk mencapai hasrat ini, salah satu prasyarat penting ialah dengan terus meningkatkan keyakinan para pelabur dan penduduk. Sebelum nerlakunya kemelesetan ekonomi, kadar pertumbuhan ekonomi tinggi dengan kadar inflasi yang rendah dan guna tenaga yang penuh. Pelaburan swasta dan eksport memainkan peranan utama.
Selain itu, langkah ini diambil untuk meningkatkan tahap produktiviti.Oleh itu, tumpuan kepada kecekapan, keberkesanan dan produktiviti yang tinggi untuk mengekalkan pertumbuhan dan pembangunan yang berterusan tidak boleh dipandang ringan dan diabaikan. Pertumbuhan ekonomi negara tidak akan dapat berlaku sekiranya tahap produktiviti tidak dapat dipertingkatkan. Taraf hidup penduduk Malaysia jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan taraf hidup penduduk semasa merdeka dahulu.Keadaan ini menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap penduduknya.
4.8 USAHA-USAHA YANG DIJALANKAN
Dalam mengukur sektor ekonomi antarabangsa pelbagai aspek perlu diambil kira kerana di dalam sistem ekonomi antarabangsa pelbagai aspek akan mempengaruhi situasi ataupun keadaan di dalam sistem ekonomi antarabangsa. Antara aspek yang dapat mempengaruhi sistem ekonomi anrarabangsa ialah aspek dari segi politik serantau ataupun politik di dalam sistem antarabangsa.Selain daripada aspek politik serantau dan keamanan dalam sistem antarabangsa, teknologi tinggi juga merupakan satu apek yang penting bagi mengukur sektor ekonomi antarabangsa kerana keupayaaan teknologi yang tinggi mampu untuk mempengaruhi keadaan ekonomi antarabangsa.
Kesemua negara yang terdapat di dalam sistem antarabangsa akan menggunakan teknologi yang tinggi bagi memastikan negara mereka dapat bersaing dengan negara-negara lain yang terdapat di dalam sistem antarabangsa dalam aspek ekonomi antarabangsa, contohnya negara Malaysia dalam memastikan Malaysia dapat terus bersaing dalam sistem ekonomi antarabangsa, kerajaan Malaysia telah melaksanakan Pelan Induk Industri.
Di dalam Pelan Induk Industri kerajaan Malaysia telah berusaha untuk mempertingkatkan lagi keupayaan teknologi Malaysia dalam sektor pembuatan bagi mengurangkan pengimportan barang-barang untuk sektor perindustrian.14
Ini jelas menunjukan kerajaan Malaysia juga turut berusaha bagi mempertingkatkan lagi teknologi yang terdapat di Malaysia pada masa kini kerana teknologi yang tinggi merupakan satu aspek yang penting supaya kerajaan Malaysia mampu untik bersaing dengan negara-negara lain di dalam sistem ekonomi antarabangsa dan memastikan negara Malaysia tidak jauh ketinggalan dari negara-negara maju.
Selain daripada berusaha untuk mempertingkatkan lagi teknologi di dalam negara seperti melakukan penyelidikan, kerajaan sesebuah negara yang terdapat dalam sistem antarabangsa juga akan mengalu-alukan kemasukan pelabur-pelabur asing ataupun syarikat multinasional melabur ataupun membuka kilang di negara mereka, kerana melalui kemasukan pelabur-pelabur asing ataupun syarikat multinasional ke dalam sesebuah negara secara tidak lansung akan membawa masuk sekali kepakaran dan teknologi daripada negara asal pelabur-pelabur tersebut ke dalam negara yang mereka melabur. Pelabur-pelabur asing ataupun syarikat multinasional yang melabur dalam sesebuah negara dalam sistem antarabangsa bukan sahaja memberi keuntungan dari segi ekonomi semata-mata kepada negara yang mereka melabur tetapi pelaburan mereka juga juga telah memberi keuntungan dari segi pemindahan teknologi-teknologi yang canggih kepada negara-negara yang di masuki oleh syarikat-syarikat multinasional.
Pelan Induk Industri yang telah di gubal oleh kerajaan Malaysia dalam memastikan sektor perindustrian di Malaysia berjaya di majikan dan di pertingkatkan, kerajaan Malaysia juga telah mengggalakan kemasukan pelabur-pelabur asing ataupun syarikat-syarikat multinasional supaya melabur di dalam Malaysia.15
Melalui Pelan Induk Perindustrian yang dilaksanakan di Malaysia ini jelas menunjukan kerajaan Malaysia ingin menarik pelabur-pelabur asing ataupun syarikat-syarikat multinasional supaya melabur ataupun membuka kilang-kilang mereka di Malaysia. Ini adalah bertujuan supaya pelabur-pelabur asing ataupun syarikat-syarikat multinasional yang melabur di dalam Malaysia akan membawa masuk kepakaran ataupun teknologi tinggi dari negara asal mereka ke dalam negara Malaysia.
Malaysia juga telah melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bermula selepas Malaysia mencapai kemerdekaan, di mana dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) tersebut kerajaan Malaysia telah menggalakan rakyat Malaysia terutamanya kaum melayu dan bumiputera pada waktu tersebut berusaha untuk belajar bagi memajukan teknologi yang sedia ada di Malaysia, kerana pada waktu tersebut kaum melayu dan bumiputera di Malaysia telah jauh ketinggalan dari kaum cina yang telah mencapai tahap ekonomi yang agak tinggi pada waktu tersebut.16 Selain untuk memastikan kaum melayu dan bumiputera dapat bersaing dengan kaum cina, kerajaan Malaysia juga bersedia untuk bersaing dengan negara-negara yang terdapat dalam sistem antarabangsa.
Selain daripada menggalakan kemasukan pelabur-pelabur asing ataupun syarikat multinasional untuk melabur di negaranya, kerajaan sesebuah negara di dalam sistem antarabangsa juga menggalakkan rakyat-rakyatnya supaya mencontohi rakyat-rakyat negara-negara yang telah mencapai taraf negara maju, kerana pada masa kini untuk mencapai kemajuan teknologi yang tinggi bukan sahaja mementingkan aspek hartanah ataupun pembangunan fizikal semata-mata tetapi untuk mencapai tahap kemajuan ataupun teknologi yang tinggi pada masa kini memerlukan kecerdasan akal fikiran dan pengetahuan yang diperolehi daripada pendidikan, kajian atau penyelidikan dan sebagainya.17
Usaha untuk mencapai kemajuan dan teknologi yang tinggi pada masa kini jauh berbeza dengan usaha untuk mencapai teknologi yang tinggi pada suatu masa dahulu, kerana untuk mencapai kemajuan dan teknologi yang tinggi pada masa kini memerlukan daya pemikiran yang tinggi contohnya bagi membangunkan industri masa depan seperti industri bioteknologi dan sektor industri ICT.
Malaysia telah melaksanakan satu dasar yang berkaitan dengan tersebut, iaitu Dasar Pembangunan Modal Insan bagi memastikan rakyat Malaysia mampu untuk membentuk rakyat Malaysia yang intelek. Dalam melaksanakan Dasar Pembangunan Modal Insan ini kerajaan Malaysia telah menggalakan rakyat Malaysia mencontohi rakyat negara Jepun dan China yang sentiasa berusaha untuk memajukan diri mereka sendiri dan juga memajukan negara supaya teknologi negara mereka sentiasa ditingkangkan dan membolehkan negara mereka terus bersaing dalam sistem ekonomi antarabangsa.18
Usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia ini jelas menunjukkan bahawa teknologi tinggi merupakan satu perkara yang penting dalam mengukur sektor ekonomi antarabangsa, kerana teknologi pada masa kini merupakan satu perkara yang terlalu penting.
Sekiranya sesebuah negara gagal untuk mempertingkatkan teknologi dalam negara mereka ini mungkin akan menyebabkan negara mereka gagal untuk bersaing dalam sistem ekonomi antarabangsa dan apabila sesebuah negara gagal untuk bersaing dalam sistem antarabangsa negara tersebut akan menjadi sebuah negara yang mundur(Ahi Sarok, Mac.2002).
Bagi memastikan sesebuah negara dalam sistem ekonomi antarabangsa, kerajaan bagi negara tersebut haruslah sentiasa berusaha dan memastikan teknologi negara sentiasa dipertingkatkan dan tidak jauh ketinggalan oleh negara-negara lain dalam sistem antarabangsa.
Syarikat-syarikat tempatan dan syarikat-syarikat multinasional merupakan satu asset yang penting dalam ekonomi sesebuah negara, kerana dengan kewujudan syarikat-syarikat tempatan dan juga syarikat-syarikat multinasional inilah yang dapat menjana pertumbuhan ekonomi sesebuah negara dan sekiranya hanya syarikat-syarikat tempatan sahaja yang terdapat dalam sesebuah negara, negara tersebut mungkin tidak akan dapat mencapai pertumbuhan ekonomi negara yang baik dan mungkin mereka juga akan gagal untuk bersaing dengan negara-negara lain yang terdapat dalam system antarabangsa kerana sekiranya tidak terdapat syarikat-syarikat multinasional dalam sesebuah negara tersebut pengaliran mata wang asing yang masuk ke negaranya akan menjadi perlahan dan mata wang negara tersebut akan jatuh dan tidak mampu untuk bersaing dengan mata wang negara-negara yang lain.
Bagi memastikan syarikat-syarikat tempatan dan juga syarikat-syarikat multinasional dapat beroperasi dengan sempurna dan tidak mengalami sebarang masalah dalam operasi syarikat-syarikat tempatan dan juga syarikat-syarikat multinasional, mereka haruslah menitik beratkan aspek pengurusan perniagaan keran pengurusan perniagaan ini merupakan satu aspek yang penting yang dapat mempengaruhi perancangan syarikat-syarikat tersebut.Pengurusan perniagaan ini dapat mempengaruhi perancangan syarikat-syarikat tempatan dan juga syarikat-syarikat multinasional kerana jika syarikat-syarikat tempatan dan juga syarikat-syarikat multinasional gagal untuk melakukan pengurusan perniagaan dengan baik perancangan syarikat-syarikat tempatan dan juga syarikat-syarikat multinasional tidak dapat berjalan dengan lancar dan sempurna dan juga membolehkan syarikat-syarikat tempatan dan multinasional mengalami kerugian yang besar.Pengurusan perniagaan ini dapat merangkuim pelbagai aspek yang membolehkan operasi syarikat-syarikat tempatan dan syarikat-syarikat multinasional menjalankan operasi mereka dengan sempurna dan lancar dan juga membolehkan melakukan perancangan yang teliti supaya mereka dapat menghasilkan keuntungan yang maksima.
Pengurusan perniagaan ini juga membolehkan pihak pengurusan syarikat-syarikat tempatan dan juga syarikat-syarikat multinasional menguruskan syarikat mereka dengan sempurna.Pengurusan perniagaan ini penting bagi pihak pengurusan syarikat-syarikat tempatan dan juga syarikat-syarikat multinasional keran melalui pengurusan perniagaan inilah pihak pengurusan syarikat-syarikat tersebut dapat menjalankan penyelidikan bagi untuk melakukan perancangan terhadap pengoperasian syarikat-syarikat mereka. Ini jelas menunjukan bahawa pengurusan perniagaan ini penting kepada pihak pengurusan syarikat-syarikat tempatan dan juga syarikat-syarikat multinasional kerana sekiranya pihak pengurusan syarikat-syarikat tersebut tidak mahir dalam pengurusan perniagaan adalah sukar untuk mereka perancangan untuk syarikat-syarikat mereka dan masalah ini boleh membawa kepada kerugian yang besar terrhadap syarikat-syarikat tersebut, dan disebabkan inilah setiap pihak pengurusan dalam syarikat-syarikat tersebut pelu mahir dalam pengurusan perniagaan untuk memastikan syarikat-syarikat mereka dapat beroperasi dan melakukan perancangan yang baik bagi membolehkan syarikat-syarikat tersebut mendapat keuntungan yang besar di dalam perniagaan mereka.
Pengurusan perniagaan ini bukan sahaja merupakan satu perkara yang penting kepada pihak pengurusan sahaja tetapi pengurusan perniagaan ini merupakan satu perkara yang penting kepada semua pihak yang terlibat dalam syarikat-syarikat tempatan dan syarikat multinasional kerana menjalankan perancangan dalam pengoperasian syarikat-syariakat tempatan dan syarikat-syarikat multinasional dan memastikan perancangan tersebut berjaya dilaksanakan bukan sahaja melibatkan pihak pengurusan syarikat-syarikat tersebut sahaja tetapi melibatkan semua pihak yang berada dalam syarikat-syarikat tersebut. Sekiranya pihak pengurusan sahaja yang mahir dalam pengurusan perniagaan tetapi pihak lain tidak mahir dalam penguirusan perniagaan perancangan yang dilakukan oleh pihak pengurusan mungkin tidak akan dapat di laksanakan dengan sempurna juga. Ini membuktikan pengurusan perniagaan merupakan satu aspek yang penting yang dapat mempengaruhi perancangan syarikat-syarikat tempatan dan juga syarikat-syarikat multinasional kerana jika semua pihak tidak mahir dalam pengurusan perniagaan syarikat-syarikat tersebut mungkin tidak dapat melakukan perancangan yang baik dan mungkin akan menyebabkan berlakunya kerugian dalam syarikat-syarikat tersebut.
Sumber rujukan:
Ucapan
Siri Ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamad, Bekas Perdana Menteri Malaysia semasa membentangkan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga di Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen. 3 April 2001.
Siri Ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamad, Bekas Perdana Menteri Malaysia semasa membentangkan usul mengenai Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ketujuh di Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen. 22 April 1999.



You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

MOGA BLOG INI DAPAT MENAMBAHKAN KECINTAAN ANDA KEPADA NEGARA

NEGARAKU.. TANAH TUMPAHNYA DARAHKU

Tanggal 31 Ogos

Tanggal 31 Ogos
Tarikh penug bersejarah buat rakyat Malaysia sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan

Subscribe