Dasar Ekonomi Baru

09:21

Latar belakang Dasar Ekonomi Baru



Dilihat dari perspektif sejarah Malaysia, penjajah British menggalakkan perkembangan masyarakat secara ‘plural’ melalui amalan pecah dan perintah. Pihak British telah menggalakkan kedatangan tenaga buruh dari negara China dan India untuk kepentingan ekonomi penjajah dalam sektor perlombongan biji timah, perdagangan dan perladangan.

     Penambahan penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi telah menyebabkan pertumbuhan bandar, jalan-jalan, rel-rel keretapi dan pembahagian kelompok kaum, pembangunan bandar dan luar bandar bertambah besar.

     Selepas mencapai kemerdekaan, Rancangan Malaysia 5 tahun telah diperkenalkan. Rancangan Malaysia Pertama dirancangkan untuk menitikberatkan kepada segi pertumbhan dan pembaharuan ekonomi. Rancangan ini telah menunjukkan kelemahan dari segi strategi di mana corak atau sistem semasa penjajahan masih berterusan.

PENGENALAN DASAR EKONOMI BARU

     Malaysia telah mengalami kestabilan pertumbuhan ekonomi sejak tahun 1987, dengan kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat 8% setiap tahun dari tahun 1988 hingga tahun 1955, sebagai negara yang sedang pesat membangun dari segi ekonomi, peluang  pekerjaan semakin banyak sejak tahun 1970 tetapi pada tahun 1980 negara menghadapi masalah penganggur yang serius kerana jumlah kemasukan tenaga buruh asing yang semakin tinggi dalam pelbagai sektor. Menjelang tahun 1990 negara telah memasuki fasa negara perindustrian  dengan menggunakan kaedah intensif. Buruh, intensif modal dan penggunaan teknologi moden dalam industri. Pada tahun 1971, Malaysia telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bertujuan untuk menghapus kemiskinan tanpa mengira kaum dan mengstruktur semula masyarakat supaya negara dapat membangun dengan stabil, aman di samping hasil pembangunan dapat dinikmati oleh seluruh rakyat. Pada awal 1980, pelaksanaan Dasar Penswastaan, Perindustrian, Pelan Rancangan Jangka Panjang membolehkan perkembangan industri berasaskan pembuatan dan peluang-peluang pekerjaan kepada buruh tempatan. Perkembangan eknomi di Malaysia juga dapat menarik pelabur dari Amerika dan Kesatuan Eropah dalam bidang pembuatan. Institusi-institusi juga banyak ditubuhkan di dalam pembangunan teknologi berat antaranya adalah Microelectronics System (MIMOS)  dan Malaysia Technology Development Corporation (MTDC). Melalui peluang pekerjaan pula, sector industri pertanian dan awal tahun 1980 kerana kejatuhan harga barang pertanian dan awal tahun 1990 Malaysia mengamalkan industri berasaskan eksport, sector pembuatan dan perkhidmatan yang menjadi pemangkin kepada peluang pekerjaan kepada tenaga buruh. Secara keseluruhannya, dasar ekonomi yang dilaksanakan adalah untuk membuka peluang pekerjaan kepada tenaga buruh tempatan supaya pertumbuhan ekonomi semakin meningkat dan mencapai matlamat dan objektif negara.
KEPENTINGAN DASAR EKONOMI BARU
Antara kepentingan dasar ekonomi pada zaman dahulu ialah penyusunan semula masyarakat, tahap kemiskinan dapat dibasmi pada era kemajuan Tanah Melayu dan membangunkan kawasan luar bandar
Antara kepentingan yang didapati daripada kajian tentang dasar ekonomi baru ialah pendedahan kepada pembangunan masyarakat luar Bandar (FELDA, FAMA).  Seterusnya, memberi galakan dalam sektor pembangunan ekonomi.  Selain itu, dapat menikmati pembangunan yang seimbang tanpa jurang perbezaan pendapat antara kaum. Di samping itu, peningkatan taraf dan kualiti hidup rakyat. Seterusnya, memupuk semangat perpaduan kaum. Selain itu, menyumbang kepada pembentukan negara majmuk.
MEMBASMI KEMISKINAN
Langkah untuk membasmi kemiskinan ialah mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur. Seterusnya, menambah daya pengeluaran dan pendapatan. Selain itu, memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan. Seterusnya, memodenkan kehidupan di luar bandar, mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera


PENYUSUNAN  SEMULA MASYARAKAT
Langkah penyusunan semula masyarakat ialah meninggikan daya pengeluaran dan taraf golongan miskin melalui proses memodenkan kawasan luar bandar, seterusnya mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga yang terdapat sekarang ini dengan cara yang progresif dan menerusi pertumbuhan ekonomi. Menambahkan dengan lebih cepat lagi bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan modal dalam stok syarikat dan pertumbuhan ekonomi akhir sekali memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur melalui pembangunan wilayah baru seperti DARA, KESEDAR, KEJORA.
KEPENTINGAN YANG DIDAPATI DARIPADA KAJIAN TENTANG DASAR EKONOMI BARU
Antara kepentingan yang didapati daripada kajian tentang dasar ekonomi baru ialah pendedahan kepada pembangunan masyarakat luar bandar. Pihak FELDA dan FAMA banyak memberi peluang dan pengetahuan melalui dasar yang diperkenalkan. Semenjak FELDA dan FAMA diperkenalkan, golongan luarbandar dilihat antara penyumbang utama dalam pembangunan Negara.
Seterusnya, memberi galakan dan pengetahuan dalam sektor pembangunan ekonomi. Kerajaan telah memperkenalkan beberapa dasar dan badan bagi memberi galakan dalam sektor pembahagian ekonomi. Seterusnya dapat menikmati pembangunan yang seimbang tanpa jurang perbezaan antara kaum. Jika dahulu terdapat jurang antara kaum dalam sektor ekonomi. Misalnya, kaum Cina bekerja di lombong, kaum India bekerja di kebun getah dan kaum Melayu bekerja di sawah padi, kini, kita dapat mengecapi keseimbangan ekonomi tanpa jurang perbezaan kaum. Setiap kaum bebas membangunkan politik masing-masing
Disamping itu, peningkatan antara taraf dan kualiti hidup rakyat. Dasar ekonomi baru dianggap sebagai sebuah rangka dalam peningkatan antara taraf hidup rakyat. Melalui Rancangan Malaysia kedua, kita dapat lihat secara jelas keadaan ekonomi yang pesat membangun kini. Seterusnya, memupuk semangat perpaduan kaum, Dasar Ekonomi Baru dilihat sebagai medium untuk menyatupadukan rakyat. Kajian yang dijalankan ini juga bertepatan bagi memupuk semangat perpaduan kaum. Ia melibatkan semua kaum tanpa menghadkannya.
Akhir sekali, menyumbang kepada pembentukan Negara Majmuk. Melalui sumbangan yang diperolehi daripada Dasar Ekonomi Baru, pengetahuan ini dapat digunakan bagi membentuk Negara yang aman.
Buku Kenegaraan dan Ketamadunan menceritakan secara jelas berkaitan dasar dasar yang dijalankan negara khususnya Dasar Ekonomi Baru.Buku ini dikarang oleh tiga orang penulis iaitu Mohd Syariefudin Abdullah,Mohamad Kamal Kamarudin danAhmad Sohaimi Lazim.Buku ini juga terbitan Oxford Fajar.

Sejak mencapai kemerdekaan 52 tahun yang lalu,matlamat utama negara adalah menjadi sebuah negara yang makmur lagi bersatu padu berasaskan sistem demokrasi dalam suasana pembangunan yang aman dan stabil.Oleh itu,dalam usaha mencapai matlamat ini makapelbagai dasar telah digubal dan dilaksanakan.

Dasar merupakan suatu elemen yang penting dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara.Dasar merupakan rangka dalam pelaksanaan rancangan kerajaan dan berbentuk pelan tindakan yang dilaksanakanbagi mencapai objektif untuk kepentingan masyarakat dan negara.Pada umumnya,penggubalan sesuatu dasar kerajaan diputuskan oleh peringkat tertinggi pentadbiran dalam sesebuah negara.Dasar diasaskan kepada kajian-kajian terperinci yang dilakukan sebelum keputusan untuk melaksanakannya.Mengikut amalan biasa,pentadbiran kakitangan kerajaan berpandukan dasar dalam melaksanakantugas tugas mereka terutama dalam menyediakan dan melaksanakan perkhidmatan kepada orang awam.

Dasar-dasar kerajaan Malaysia mempunyai keunikannya sendiri kerana dasar ini digubal sesuai dengan ciri-ciridan keperluan semasa negara.Sebagai sebuah negara kecil yang dibahagikan kepada dua wilayah  besar,iaitu Semenanjung Malaysia,Sabah dan Sarawak,Malaysia dilihat antara negara yangberpotensi untuk membangunmenjadi sebuah negara maju dan mewah apatah lagi dianugerahkan dengan hasil bumi yang banyak serta tidak pula mengahdapi masalah besar dari segi bencana alam.

Penggubalan dan pelaksanaan dasar-dasar  adalah ditentukan selari dengan nilai-nilai sosioekonomi dan politik negara pada satu-satu masa.Dasar kerajaan sentiasa berubah-ubah mengikut nilai masyarakatdan pucuk pimpinan dari semasa ke semasa.Namun begitu,secara asasnya dasar-dasar kerajaan digubal dan dilaksanakan bagi memenuhi objekif objektif sosioekonomi seperti pertumbuhan ekonomi,pengangihan pendapat serta kestabilan dan kesejahteraan umum.

Bagi Malaysia,dasar-dasar kerajaan ini terutamanya dasar-dasar pembangunan menpunyai objektifnya yang khusus dan dapat dirumuskan seperyi berikut;
•           Pencapaian matlamat Wawasan 2020 bertujuan menjadikan Malaysiasebagai negara perindustrian yang maju dengan ciri-ciri yang sempurna.
•           Pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang adil.
•           Kedaulatan dan ketahanan negara.

Pembangunan Ekonomi

Asas ekonomi orang Melayu ialah ekonomi bercorak maritim.Stuasi ini dikesan semasa zaman kerajaan Melaka tetapi berakhir akibat daripada kedatangan penjajah.Sistem ekonomi  maritim berasaskan perdagangan Dn kewujudan sesebuah kerajaan juga berasaskan aktiviti tersebut.Sementara ekonomi tani hanya melibatkan aktiviti ekonomi kecil kecilan dan menggunakan sisitem barter.

Namun begitu,kehadiran penjajah telah mengubah landskap ekonomi dengan memperkenalkan sistem ekonomi modenyang berfokuskan keuntungan.Oleh itu,sistem ekonomi ini mementingkan pasaran luas.Inggeris pula bijak memanfaatkan peluang peluang ini dengan membawa masuk buruh-buruh dari negara China untuk bekerja di lombong-lombong dan buruh-bururh dari India pula bekerja di ewstet-estet,Kemasukan golongan imigran berlaku pada abad ke-18 dan kemasukan mereka dalam jumlah yang besardan dikelompokkan mengikut kaum dan pekerjaan .Sementara orang orang Melayupula berada di kampung- kampung dan kawasan pedalaman.

Pengenalan Dasar Dalam Negara(Dasar Ekonomi)

Dasar Dalam Negara diwujudkan untuk menyesuaikan ciri-ciri semasa dengan tujuan mencapai matlamat ke arah negarabersatu padu berasakan sistem demokrasi.Selepas merdeka,dasar dasar awam boleh dikategorikan KEPADA:

•           Pra-Dasar Ekonomi meliputi Rancangan Malaya Pertama(1950-1960).Rancangan Malaya Kedua(1961-1965) dan Rancangan Malaysia Pertama(1966-1970)
•           Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama atau Dasar Ekonomi Baru merangkumi Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975),Rancanagn Malaysia Ketiga (1976-1980),Rancangan Malaysia Keempat(1981-1985) dan Rancangan Malaysia Kelima (1986-1890).
Dasar ini bermatlamatkan perpaduan negara demgam dua matlamatutama iaitu membasmi kemiskinan  dan ,menyususn semula masyarakat.
Antara strategi DEB yang digarap adalah seperti berikut;
A)membasmi kemiskinan
         Peluang pekerjaan yang banyak perlu diwujudkan
         Kehidupan di luar bandar dibaiki dan dimodenkan
         Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan Bumiputera
B)Penyusunan semula masyrakat
Memodenkan kawasan luar bandar untuk meningkatkan taraf kehidupan luar bandar
Menubuhkan agensi-agensi seperti MARA dan sebagainya
Membangunkan kawasan yang mundur melalui program pembangunna wilayah seperti KESEDAR.

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

MOGA BLOG INI DAPAT MENAMBAHKAN KECINTAAN ANDA KEPADA NEGARA

NEGARAKU.. TANAH TUMPAHNYA DARAHKU

Tanggal 31 Ogos

Tanggal 31 Ogos
Tarikh penug bersejarah buat rakyat Malaysia sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan

Subscribe