PERBINCANGAN
Generasi masa
kini yang bakal menjadi pemimpin Negara perlu menyediakan diri dengan ilmu
agama yang kukuh dan perlu membuang
sikap persaingan dalam melakukan sesuatu.Selain itu, generasi yang tidak
mempunyai didikan agama yang kukuh boleh menjatuhkan Negara Malaysia dan bangsa
mereka sendiri.Manakala, generasi yang celik agama mampu memimpin umat manusia
pada masa akan datang supaya Dasar Ekonomi Baru boleh dilakukan.Generasi muda
perlu menjadi pembela agama pada masa akan datang dan kita perlu memupuk perpaduan
kaum supaya tidak ada perbalahan antara kaum.Budaya persaingan sihat bagus
dalam membentuk DEB kerana boleh menambahkan pendapatan ekonomi negara.
PENUTUP
Dasar Ekonomi
Baru (DEB) 1971-1990 merupakan dasar yang diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak semasa
berlakunya rusuhan kaum pada 13 Mei
1969. Pengubalan dasar ini bertujuan untuk mencapai perpaduan Negara
dengan memperbetulkan ketidaksamaan sosioekonomi antara kaum dan wilayah.Ia
juga diwujudkan untuk mempertingkatkan penglibatan kaum, bumiputra dalam bidang
perniagaan dan perusuhan sebagai usaha untuk membasmi perasaan tidak puas hati
dalam masyarakat untuk mengukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan rakyat,usaha
diteruskan lagi dengan pelancaran dasar pembangunan nasional pada tahun 17 Jun
1991.Dasar tersebut meneruskan pencapaian DEB dalam pembasmian kemiskinan dan
penyusunan semula masyarakat.
CADANGAN
Kami bercadang
agar pada masa hadapan akan ada pengkaji yang lain membuat kajian tentang
pelaksanaan tentang DEB pada masa kini. Adakah ia berjaya kepada masyarakat era
globalisasi kini.